Pages

Friday, August 3, 2012

Hydrangea Lagi....


Bila balik kerja ja, mesti saya akan belek bunga ni, sbb ni kan first time tanam cik zubaidah ni, jadinya agak jakun la sikit..hehehe...belek punya belek, baru perasan yang setiap kelopak bunga mesti ada biji bulat kecik kat tengahnya.
Dan pagi tadi sebelum pergi kerja, saya perasan yang biji kecil tu pon rupa-rupanya berkembang juga.Ibarat macam bunga atas bunga. Subhanallah, sangat cantik ciptaan Allah ni.


Segar-bugar di pagi hari.

Close-up. Cantikkan? Siap ada silver-silver lagi.

Rupa pokok bunga hidrangea saya. Kalau perasan, ada satu anak pokok kat bawahnya.


Wednesday, August 1, 2012

Hydrangea


Hydrangea atau di sesetengah tempat di Malaysia, pokok ini dipanggil bunga kembang 3 bulan atau bunga Siti Zubaidah. Kenapa dipanggil macam tu, tak pasti lah pulak. Bunga ni dah lama saya idamkan, tapi bila cari info tentang bunga ni di internet, macam riso pulak nak membelinya. Sebab dari apa yang saya baca, pokok ni sangat manja dan perlukan penjagaan yang sangat rapi kalau nak ia berbunga. Jadi setiap kali pergi ke kedai bunga, saya pendamkan saja keinginan tu, even cik abang dok cakap cantik, cantik. Untuk pengetahuan, cik abang saya ni lebih minatkan pokok yang berbunga, tapi saya pulak lebih sukakan pokok yang berdaun sahaja. Tapi memandangkan kerap kali ke kedai bunga, cik abang yang sponsor, makanya di rumah lebih banyak pokok yang berbunga lah,heehehe...

Lari topik pulak. Ok, berbalik kepada hydrangea ni, kebetulan suatu hari ke kedai bunga, saya terpandang satu pokok hydrangea di sebalik pokok-pokok ros. Rupa-rupanya ini adalah pokok hydrangea yang last, dan harganya pon dah diturunkan dari RM10 ke RM8 sahaja. Pegang letak pegang letak, disertakan dengan hasutan cik amoi bunga tu, terbelilah saya pokok tersebut. Masa beli tu, pokok ni memang nampak sangat segar dan sihat, siap ada putik bunga lagi.

Sekarang dah hampir sebulan pokok ni menetap di laman saya. Awal-awal beli dulu, saya letakkan direct pada matahari, sekali melecur habis daunnya. Terus bawak ke bawah porch, alhamdulillah masih survive sampai sekarang. Yang saya perasan, pokok ni sangat pentingkan air. Harus disiram pagi dan petang, kalau tak, daunnya akan layu.


Hari pertama


After seminggu


After 2 minggu.
Gambar ni diambil pagi tadi, tak pasti lah pulak bunganya dah habis kembang atau belum. Tapi yang pasti, bunganya sangat cantik. Cik abang pon suka. ;)

Dari apa yang saya dapat di internet, warna bunganya akan berubah mengikut keasidan dan kealkalian tanah.Saya copy paste di bawah:

Faktor terpenting ialah pH tanah, diikuti dengan pendedahan bunga kepada cahaya matahari.
Warna paling biru pH nya ialah 4.5 (sangat berasid), manakala merah jambu pH 7.0 (nuetral). Jadi kalau bunga berwarna biru dan nak jadikan pink, kena tambahkan batu kapur (lime). Nitrogen dan posforus (bahan utama baja) pun membantu untuk kurangkan asid.

Untuk tambah keasidan tanah pula (dari pink ke biru), kena tambahkan aluminum sulfat (biasa dijual sebagai baja berasid). Baja ni juga saya gunakan untuk pujuk pokok bunga kembang cina supaya berbunga.Tapi nak bertukar warna ke pink bukan 'overnight', mungkin akan mengambil masa, atau mungkin bunga musim berikutnya.


Bunga saya ni nampaknya macam light purple. Campuran pink dan biru. Nanti dah habis bunga ni, saya nak try tambahkan asid dalam tanah, biar jadi warna biru pulak...hehehe...angan-angan...