Pages

Sunday, October 15, 2017

Muncul Semula

Alhamdulillah...akhirnya dapat juga saya update blog yg penuh dengan sawang ni...heheheh Sempena dengan semangat bercucuk tanam yang tengah membara ni, saya nak aktifkan balik laman blog ni agar boleh dijadikan kenang-kenangan dan rujukan untuk kawan2 di luar sana. Harap2 kita dapat berkongsi pengetahuan tentang hobi yang satu ni melalui blog yg tak seberapa ni. Semenjak ber'anak' kecil 3 tahun lepas, memang saya akui, laman di rumah memang terbiar dan tak terurus. Harapkan suami jer yang siram pokok2 yang ada...memang sedih kalau diingatkan balik. Tapi ada juga pokok2 yang masih survive sampai ke hari ni.. Melihat pada pokok2 tulah saya rasa semangat balik utk berkebun ni..kesian pulak kat pokok2..walaupon tuan nya buat tak peduli, tapi pokok2 tetap berusaha utk "hidup". InsyaAllah.. anak pon dah besar sekarang..dia pon makin rajin nak menolong uminya ni..jadi harap2 laman yang terbengkalai tu dapat ceria dan berwarna-warni semula...Aminn...