Ha.. suspen tak tengok tajuknya? Hehe..cerita saya hari ni memang ada kena mengena dengan tajuk di atas.
Alkisah nya, di suatu petang, sedang saya ralit mencabut rumput-rumput yang tumbuh dengan gilang-gemilang, tetiba ternampak anak pokok yang saya rasa macam kenal jer...
Dibelek-belek, eh ..ini anak pokok tapak dara ni. Macamana boleh ada pulak, dah 3 tahun pokok ni "missing in action" dari taman saya. Nak dicabut tanam ke tempat lain risau pulak kot-kot nanti terus dia merajuk, jadi dibiarkan je lah dia di tepi longkang.Rasanya mesti ada benih2 pokok ni yang terbang masuk ke laman saya, tidak pon mungkin dibawa serangga atau burung-burung.
Setiap hari mesti saya belek, rasa rindu pulak dengan pokok ni. Hajat di hati memang nak beli pokok ni, tapi dah ada yang percuma ni terus rasa tak jadi nak beli..
Gambar ni dah lepas seminggu saya jumpa pokok ni, seronok bila dah nampak ada kudup bunga..ternanti-nanti warna apa bunganya nanti...
Selepas 2 hari, seperti kebiasaan sebelum pergi kerja, saya mesti belek2 dulu pokok2 bunga kesayangan. Eh, dah kembang lah bunga..amboi..putih berseri sungguh.
Rasa seronok sangat, pokok yang dah lama hilang dari taman tiba-tiba muncul kembali selepas 3 tahun. Pokok tapak dara/periwinkle ni memang bersifat sementara. Jenis pokok semusim. Jarang dia tumbuh lama-lama. Bila diperhati kawasan pokok ni, nampak lagi anak-anak pokok tapak dara yang saya langsung tak perasan kewujudannya. Lebih kurang 10 pokok semuanya. Tapi masih kategori bayi2 lagi.
Tak apelah, walaupon pokok ni bersifat sementara, namun kehadirannya di laman memang akan menceriakan suasana dan hati si tukang kebun...
Pages
Sunday, November 12, 2017
Monday, November 6, 2017
Draco..cepat membesar yer...
Kalau nak dikira, ini pokok draco saya yang ke2. 3 tahun lepas dah pernah tanam, memang tumbuh membesar elok siap ada anak lg. Tp disebabkan tak dijaga dan dibelai, pokok tu mati jugak akhirnya. Memang kalau ingat rasa menyesal sangat.
Bila minat berkebun ni datang balik, memang niat di hati nak cari balik pokok draco ni. Nursery yang pertama saya pergi nampak draco yang dah besar (lebih kurang pokok saya dulu)..sekali harganya RM70..adoi..mahalnya.Memang x mampu nak beli, dok bayang RM70 tu banyak lagi pokok yang boleh dibeli.
Pencarian berlanjutan dekat sebulan, paling murah yg jumpa anak pokok harganya RM25. Takper..jangan cepat putus asa..
Sampailah akhirnya ke satu nursery betul2 depan tempat kerja saya. Ronda2 dengan anak, kami menuju ke tempat semaian dia. Kemudian ternampak terselit satu anak pokok draco dicelah2 semaian bunga kemboja. Terus ambil dan bawa ke uncle tauke.
Saya : Tauke..ini berapa?
Tauke : Itu ha...RM10 sudahlah..
Saya : Yes...(dalam hati...hahhahaa)
Memang rezeki betol, pokoknya pon nampak sihat. Dulu pokok yang pertama pon saya beli sebesar inilah..
Moga2 draco cepat membesar yer...Ada anak boleh la dipotong dan disemai lagi..
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjfucnP0egxbKAbtTRgDJE2yVdTlptt2wG04TNaIZwfAg5yWJqS2VHVjLgJnBF-H_71N41XIwQQvZUy60tA3BleD727wJ3wvNHUMInAKl3427pNiKmY6lN6CWeC3dvb7tUoYiCLs0Yd6S0/s1600/20171104_123937.jpg)
Pokok draco ni lebih sesuai ditaman di tempat berbumbung, tapi tempat yang kena matahari pon tak ada masalah. Pokok ni saya letakkan betul2 tepi bumbung porch..pagi2 dapat juga sinaran matahari.

Labels:
Draco
Kesayangan Terbaru
Sabtu lepas sempat saya dan suami ke satu nursery yg tak jauh dari rumah. Nursery ni kepunyaan orang Melayu, tapi walaupon jaraknya tak jauh dari rumah, ini la kali pertama kami ke sini. Bukan apa, nursery ni pukul 5 dah tutup, Ahad pon tutup juga. Memang x sempat la nak datang kalau hari kerja. Masuk ronda-ronda jap, tanya harga pasu macam mahal, lebih baik ke nursery yg biasa pergi tu.
Ronda-ronda pulak tengok pokok bunga......sekali terpandang si puding bunga api ni.Memang dah lama berkenan, ternampak di satu nursery, pokok ni ditanam dalam pasu besar, biar merendang memang cantik. Husband macam betol2 macam bunga api. Kalau di nursery tu harganya RM10 sepokok, tanya kat akak ni dia kata RM8 jer.. terus la sambar sepokok.
Ronda2 lagi, ternampak puding hijau pulak..yang menariknya ada si Balung Ayam menumpang dalam polibeg dia..akak tu kata nak ambillah..RM8 jugak. Hehe..balung ayam ni pon lama dah saya cari. Memang rezeki sungguh hari ni. Tersenyum2 masuk dalam kereta sambil bawak pokok2 kesayangan. Sempat bertanya pada akak tu, macamana nak biak bunga balung ayam ni. Yang mana satu biji benihnya..akak tu pon tunjuk dan ceritalah sikit2..kat pokok yang saya beli ni memang nampak ada sikit benih2.InsyaAllah nak try semai harap2 taman kecil saya ni meriah dengan balung ayam suatu hari nanti.

balung ayam,
puding
Sunday, October 15, 2017
Muncul Semula
Alhamdulillah...akhirnya dapat juga saya update blog yg penuh dengan sawang ni...heheheh
Sempena dengan semangat bercucuk tanam yang tengah membara ni, saya nak aktifkan balik laman blog ni agar boleh dijadikan kenang-kenangan dan rujukan untuk kawan2 di luar sana.
Harap2 kita dapat berkongsi pengetahuan tentang hobi yang satu ni melalui blog yg tak seberapa ni.
Semenjak ber'anak' kecil 3 tahun lepas, memang saya akui, laman di rumah memang terbiar dan tak terurus. Harapkan suami jer yang siram pokok2 yang ada...memang sedih kalau diingatkan balik. Tapi ada juga pokok2 yang masih survive sampai ke hari ni..
Melihat pada pokok2 tulah saya rasa semangat balik utk berkebun ni..kesian pulak kat pokok2..walaupon tuan nya buat tak peduli, tapi pokok2 tetap berusaha utk "hidup".
InsyaAllah.. anak pon dah besar sekarang..dia pon makin rajin nak menolong uminya ni..jadi harap2 laman yang terbengkalai tu dapat ceria dan berwarna-warni semula...Aminn...
Kenali Saya
Sudah dibaca
Labels
Adenium
(1)
balung ayam
(1)
Bunga Kertas
(1)
Bunga Raya
(2)
Draco
(1)
Hydrangea
(2)
JR
(3)
Kacang Panjang
(2)
Kehidupan
(3)
Kucing
(1)
Leropotelum Chinese
(1)
Lily
(1)
Loropetalum Chinense
(1)
Pokok Burung
(1)
puding
(1)
Rose
(2)
tapak dara/periwinkle
(1)
Blog TAnaman
-
-
Selamat Kembali1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Powered by Blogger.