Pages

Sunday, November 12, 2017

Mana Datang Ni?? Periwinkle @ Tapak Dara

Ha.. suspen tak tengok tajuknya? Hehe..cerita saya hari ni memang ada kena mengena dengan tajuk di atas.
Alkisah nya, di suatu petang, sedang saya ralit mencabut rumput-rumput yang tumbuh dengan gilang-gemilang, tetiba ternampak anak pokok yang saya rasa macam kenal jer...

Dibelek-belek, eh ..ini anak pokok tapak dara ni. Macamana boleh ada pulak, dah 3 tahun pokok ni "missing in action" dari taman saya. Nak dicabut tanam ke tempat lain risau pulak kot-kot nanti terus dia merajuk, jadi dibiarkan je lah dia di tepi longkang.Rasanya mesti ada benih2 pokok ni yang terbang masuk ke laman saya, tidak pon mungkin dibawa serangga atau burung-burung.

Setiap hari mesti saya belek, rasa rindu pulak dengan pokok ni. Hajat di hati memang nak beli pokok ni, tapi dah ada yang percuma ni terus rasa tak jadi nak beli..

Gambar ni dah lepas seminggu saya jumpa pokok ni, seronok bila dah nampak ada kudup bunga..ternanti-nanti warna apa bunganya nanti...


Selepas 2 hari, seperti kebiasaan sebelum pergi kerja, saya mesti belek2 dulu pokok2 bunga kesayangan. Eh, dah kembang lah bunga..amboi..putih berseri sungguh.


Rasa seronok sangat, pokok yang dah lama hilang dari taman tiba-tiba muncul kembali selepas 3 tahun. Pokok tapak dara/periwinkle ni memang bersifat sementara. Jenis pokok semusim. Jarang dia tumbuh lama-lama. Bila diperhati kawasan pokok ni, nampak lagi anak-anak pokok tapak dara yang saya langsung tak perasan kewujudannya. Lebih kurang 10 pokok semuanya. Tapi masih kategori bayi2 lagi.

Tak apelah, walaupon pokok ni bersifat sementara, namun kehadirannya di laman memang akan menceriakan suasana dan hati si tukang kebun...


0 comments:

Post a Comment