Pages

Monday, July 30, 2012

Update: Japanese Rose


Memandangkan hari Jumaat lepas, tak semua JR saya 'menonjolkan' diri, maka proses menangkap gambar diteruskan pada keesokan harinya.
Gambar-gambar di bawah ditangkap pada hari Sabtu, tetapi memandangkan hujung minggu lepas kami pulang ke kampung, saya tak sempat nk update gambarnya.


Kuning berjambul kembar. Cantikkan?

Pink+Putih selapis. Sangat comel, dibeli di nursery di Sg Petani.

Putih selapis

Oren berlapis. Hari sebelumnya ada 1 jer, tu pon macam merajuk nak kembang.

Meriah kan putih ni?

Pink ni pun meriah jugak.

Kuning selapis, bunganya kecik-kecik jer, tak macam spesis selapis yang lain.

Close-up. Ada semut datang ziarah..

Friday, July 27, 2012

Japanese Rose


Salah satu pokok kesayangan saya adalah Japanese Rose. Pokok ni sangat mudah ditaman dan tak perlukan penjagaan rapi. Cukup baja, cukup air, berbungalah dia. Tapi, apa yang saya perasan, pokok ni lebih subur kalau ditanam direct atas tanah yang berpasir. Tapi kalau tanam dalam pasu pun cantik jugak. Lebih-lebih lagi kalau dijadikan sebagai tanaman gantung.

JR ni tak perlu disiram banyak kali sehari. Kalau cuaca panas, sekali sehari pun dah memadai. Kalau hujan pagi atau petang, tak perlulah disiram lagi. Untuk mendapatkan bunga yang banyak dan cantik, pokok ni perlu ditanam atau diletakkan di bawah cahaya matahari secara langsung. Dan selalulah petik/gunting pucuknya atau bunga yang dah layu untuk mempercepatkan bunga yang baru keluar.Nak semai sangatlah mudah, kerat jer batang dan cucuklah dalam tanah. Akhir sekali, jangan lupa baja dua kali seminggu. InsyaAllah, kalau kena gayanya, meriahlah rumah anda dengan Japanese Rose ni.

Bunganya mulai kembang sekitar pukul 10-11 pagi, dan akan mula layu pada pukul 3 atau 4 petang. Jadi kalau hari kerja tu, memang saya tak sempatlah nak tengok bunganya. Balik kerja dah dekat pukul 6, semua bunga dah layu. Tapi disebabkan hari ni puasa dan ada masa lebih, sempat saya balik ke rumah sekejap time break tadi untuk ambil gambar JR ni. Malangnya hari ni tak semuanya kembang dan tak semeriah selalu. Takpelah, esok ada lagi, mungkin esok lebih banyak dan cantik lagi.


Kuning berjambul merah ni saya mintak dari satu kedai makan di kampung. Asalnya dari 2 keratan batang ja, dan sekarang makin subur dan banyak bunganya. Di belakangya kuning selapis yang kecil-kecil.

Ungu selapis. Bunganya besar dan sangat terang.

Merah terang berlapis. Yang ni saya tanam sekali dengan bunga putih, jadi waktu bunganya meriah, memang sangat cantik.Tapi tidak hari ini :(

Oren barlapis. Ada satu saja hari ni, dan kembang pun tak habis.


Ungu berlapis. Sangat2 cantik dan terang.

Pink + Putih berlapis.

Putih berlapis.

Pink berlapis, JR pertama yang saya tanam.

Keadaan hari ni. Tidak begitu meriah bunga yang keluar.


Pasu ni ada lebih kurang 8 jenis sebenarnya, tapi ada yang tak kembang hari ni.
Takpelah, esok kalau ada, saya akan update lagi gambarnya.








Tuesday, July 24, 2012

Loropetalum Chinense


Hari ni saya nak memperkenalkan satu pokok yang agak unik dan cantik warnanya. Pokok loropetalum chinense, memang agak panjang namanya kan..Jadi selalu saya panggil pokok ni pokok daun merah jer...mula-mula tengok di nursery dulu, terus terpikat pada kecantikan daunnya dan keunikan bentuk bunganya.

Gambar yang ditangkap semalam.

Pokok daun merah saya yang pertama. Dibeli di nursery di Simpang Taiping dengan harga RM12. Dah agak lama menjadi penghuni laman kami, agak-agak macam dah dekat setahun. Awal-awal beli dulu memang pokok ni jarang berbunga.Kalau ada pon boleh dikira jari. Bila pergi tanya dekat nursery, nyonya tu asyik cakap "Lu tak letak baja, macamana mau bunga". Masalahnya dah belambak baja yang saya bubuh, selang 2 minggu mesti letak baja. Tapi tetap macam tu jugak, sangat susah pokok ni nak berbunga.

Tapi satu hari saya terbaca satu posting di dalam blog azid-inspirasi alam mengenai pokok ni. Oooo....tak lengkap ilmu rupanya saya ni.Memang apa yang dikatakan Nyonya tu betul, tapi tak cukup maklumat, biasalah orang berniaga ni kadang-kadang ada yang kedekut ilmu dengan customer.

Menurut blog encik azid, pokok ni mesti dicantas selalu, sebab tunas yang baru tumbuh tulah yang akan menghasilkan bunga. Tapi yang penting sekali, lepas cantas jer, mesti terus letakkan baja. Seelok-eloknya kalau nak cantas dan letak baja ni, saya selalu buat waktu petang, sebab cuaca lebih redup waktu tu.

Memang angan-angan nak bentukkan pokok ni macam bonsai, tapi masih tak ada masa dan kesempatan. Jadi sekarang ni saya hanya bentukkan jadi bulat jer.

Close-up bunganya..cantik kan? macam riben jer bentuknya.

Boleh nampak ada banyak lagi kelopak bunga yang belum kembang.
Yang bulat-bulat kecil tulah kelopak bunganya.

Sebab dah sayang dan suka sangat dengan pokok ni, sebulan yang lepas saya tambahkan lagi 3 pokok sebagai koleksi. Juga dibeli di nursery yang sama tapi kali ni pokoknya lebih kecil, harganya RM8 sepokok. Saya letakkan dalam pasu besar dan susunkan keempat-empat pokok ni di tepi pagar.


Pokok kedua.

Pokok ketiga.

Pokok keempat.

Ketiga-tiga pokok yang baru ni masih belum dicantas lagi, cuma letak baja jer. Tunggu sampai pokok ni agak besar baru nak dicantas. Walaupun masih kecil, tapi bunga yang keluar sangat mengujakan.

Pokok ni boleh disemai menggunakan keratan batang dan perlu diletakkan di bawah matahari. Perlu disiram setiap hari dan kalau boleh dibajadan dicantas selepas bunganya habis atau kurang menarik.
 






Sunday, July 22, 2012

Salam Ramadhan


Tidak terlambat rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat Menjalankan Ibadah Berpuasa kepada semua umat Islam. Semoga ibadah di bulan Ramadhan ini akan mendekatkan lagi kita kepada Pencipta Yang Agung.

Wednesday, July 18, 2012

Peace NO War



PEACE!!

Gadis Kampung Yang Cantik

Siapa bilang gadis kampung tak cantik? Siap wangi semerbak lagi tau.... :)

Bunga Ros Kampung 

Makin menjadi-jadi bunganya.Balik kerja terpandangkan si cantik ni, terus rasa hilang semua stress kat ofis tadi.Itulah nikmat seorang pekebun, bila apa yang ditanam menjadi di depan mata.

Kacang Lagi....

Nampaknya kacang panjang yang ditanam masih galak berbuah,ditambah pulak dengan cuaca yang sering hujan sekarang.
Rezeki hari ini.



Tuesday, July 17, 2012

Safia dan Ajmal

Selingan lagi...

Salah satu persediaan menyambut Ramadhan...

Dah selamat sampai semalam...

Dibeli terus dari kilang. InsyaAllah boleh dikirim ke kampung sendiri dan kampung mertua sebelum puasa ni...

Sunday, July 15, 2012

Kiki dan Rain

Selingan sikit.....

Kucing peliharaan saya dan suami. Kalau ikut rekodnya, kami dah bela 8 ekor kucing, tapi seekor dan meninggal, 5 dah dibawa balik kampung di Sungai Petani dan sekarang hanya tinggal dua ni di rumah. Antara gelagat yang dapat dirakam semalam.

Ini namanya Kiki.
Sangat lincah dan suka tengok tv terutamanya citer kartun.

Ralit tengok Ben 10

Yang ni pulak Rain.
Lincah jugak tapi agak slow berbanding Kiki. Dua-dua pantang nampak kertas, mesti nak dikoyak.

Sampai hancur jadinya katalog Giant tu. hehehe...


Bunga Raya Nan Indah

Bunga raya, bunga kebangsaan Malaysia. Memang cantik dan sangat mudah dijaga. Cara nak tanam pun senang jer. Kerat je batang, dan cucuk lah atas tanah atau pon dalam pasu yang agak besar. Tapi dari pemerhatian saya, bunga raya lebih subur dan cantik jika ditanam terus di atas tanah.
Selain bunganya yang berwarna-warni dan cantik, bunga raya juga mempunyai khasiat yang banyak. Antara khasiatnya ialah:
- daun yang ditumbuk lumat boleh melebatkan rambut dan kening.
- daun yang ditumbuk lumat juga boleh ditampal pada kulit untuk merawat bisul, sakit kulit, luka dan bengkak.
- daun bunga raya putih boleh mengurangkan panas demam.
Bermacam lagi khasiat yang tersembunyi dalam bunga raya ini. Dan ini adalah koleksi bunga raya yang saya tanam.

Bunga raya merah selapis.
Bunganya sangat besar.

Bunga raya kuning berlapis.
Sangat sayang pada pokok ni. Bunganya tak berhenti-henti.


Bunga raya oren berlapis.


Bunga raya merah berlapis.

Kesemua bunga di atas di beli di nursery sekitar bandar Taiping. Pernah juga saya cuba tanam dari keratan batang, tapi tak menjadi. Mungkin tanah yang digunakan tak sesuai atau pon saya yang tak pandai. Tapi saya akan cuba lagi nanti, sebab di kampung ada satu pokok bunga raya yang sangat cantik. Memang geram tengok. Harap-harap menjadi lah nanti. 

Friday, July 13, 2012

Kebun Bunga - Part 1

Sebelum bermula tanaman sayuran, saya lebih cenderung kepada tanaman pokok bunga.Dan sehingga sekarang, hampir 80% dari tanaman di rumah adalah pokok bunga. Ini adalah sebahagian dari bunga-bunga yang ditanam di rumah.

Adenium.
Pokok ni saya beli semasa Pameran Orkid di Tesco Taiping hujung tahun lepas. Saya beli 4 anak pokok dengan harga RM50.

Pokok burung.
Antara pokok terawal yang menarik minat saya. Pokok ni dibeli di nursery Giant Taiping, harga RM27. Dah setahun lebih dalam jagaan saya.


Bunga Raya Oren Berlapis.
Ini koleksi terbaru. Dibeli di nursery hadapan Silverstone Taiping, harga RM6.

Bunga Ros Kampung.
Bunga ni pemberian mak sedara saya di Sungai Petani. Sangat wangi bunganya.

Lorepotelum Chinese.
Pokok yang sangat unik. Daunnya berwarna ungu dan bunga seakan-akan riben. Dibeli di nursery di Simpang, Taiping berharga RM12.

Bunga Kertas.
Juga dibeli dari nursery di Simpang dengan harga RM4 sepokok. Dah 6 bulan dalam jagaan.

Pokok lily.
Pemberian jiran emak mertua yang saya panggil Mak Mah.
Mak Mah ni memang sangat rajin tanam bunga. Kawasan rumahnya penuh dengan pokok bunga dan sayuran. InsyaAllah nanti saya akan buat satu entry tentang koleksi bunga Mak Mah.

Japanese Rose.
Antara JR yang ada di rumah. Sangat senang ditanam dan dijaga. Kebanyakan dibeli dari nursery di Taiping dan ada juga dibeli di Sungai Petani.

Inilah sebahagian bunga yang ada di laman rumah saya sekarang. Akan disambung dalam Part 2 nanti.

Kacang Panjang (Green Beans)

Ini adalah salah satu sayuran yang saya tanam dan sedang berbuah lebat sekarang ni. Benih kacang panjang ni saya beli dari blog tanamsendiri.com. Memang ni antara blog tanaman yang saya suka baca dan dapatkan benih sayuran. Kebanyakan benih dari blog ni bernas, tak seperti benih yang dibeli dari supermarket. Nanti saya update cara penanaman kacang panjang yang saya belajar dari Encik Iskandar, tuan empunya blog tanamsendiri.com.

Pokok kancang panjang yang sedang berbuah lebat. Ada 2 kacang yang saya biarkan di pokok untuk dibuat benih.


Ini hasil tuaian semalam.

Salam Perkenalan

Assalamualaikum dan salam perkenalan.

Akhirnya berjaya juga saya create satu blog untuk hobi yang dah lama dijalankan ni. Tak lain tak bukan, mestilah hobi bercucuk tanam. Sebelum ni memang minat jugak, tapi tak berapa mendalam sangat. Tapi semenjak 2 tahun kebelakangan ni,memang tiap-tiap hari kalo tak pegang tanah, memang rasa tak lengkap hidup hari tu..hehe..
InsyaAllah..semoga blog ni dapat memberi pengetahuan kepada semua termasuk saya dan sama-samalah kita berkongsi ilmu dalam aktiviti berbudi kepada tanah ini.