Adenium.
Pokok ni saya beli semasa Pameran Orkid di Tesco Taiping hujung tahun lepas. Saya beli 4 anak pokok dengan harga RM50.
Pokok burung.
Antara pokok terawal yang menarik minat saya. Pokok ni dibeli di nursery Giant Taiping, harga RM27. Dah setahun lebih dalam jagaan saya.
Bunga Raya Oren Berlapis.
Ini koleksi terbaru. Dibeli di nursery hadapan Silverstone Taiping, harga RM6.
Bunga Ros Kampung.
Bunga ni pemberian mak sedara saya di Sungai Petani. Sangat wangi bunganya.
Lorepotelum Chinese.
Pokok yang sangat unik. Daunnya berwarna ungu dan bunga seakan-akan riben. Dibeli di nursery di Simpang, Taiping berharga RM12.
Bunga Kertas.
Juga dibeli dari nursery di Simpang dengan harga RM4 sepokok. Dah 6 bulan dalam jagaan.
Pokok lily.
Pemberian jiran emak mertua yang saya panggil Mak Mah.
Mak Mah ni memang sangat rajin tanam bunga. Kawasan rumahnya penuh dengan pokok bunga dan sayuran. InsyaAllah nanti saya akan buat satu entry tentang koleksi bunga Mak Mah.
Japanese Rose.
Antara JR yang ada di rumah. Sangat senang ditanam dan dijaga. Kebanyakan dibeli dari nursery di Taiping dan ada juga dibeli di Sungai Petani.
Inilah sebahagian bunga yang ada di laman rumah saya sekarang. Akan disambung dalam Part 2 nanti.
0 comments:
Post a Comment