Hari ni saya nak memperkenalkan satu pokok yang agak unik dan cantik warnanya. Pokok loropetalum chinense, memang agak panjang namanya kan..Jadi selalu saya panggil pokok ni pokok daun merah jer...mula-mula tengok di nursery dulu, terus terpikat pada kecantikan daunnya dan keunikan bentuk bunganya.
Gambar yang ditangkap semalam.
Pokok daun merah saya yang pertama. Dibeli di nursery di Simpang Taiping dengan harga RM12. Dah agak lama menjadi penghuni laman kami, agak-agak macam dah dekat setahun. Awal-awal beli dulu memang pokok ni jarang berbunga.Kalau ada pon boleh dikira jari. Bila pergi tanya dekat nursery, nyonya tu asyik cakap "Lu tak letak baja, macamana mau bunga". Masalahnya dah belambak baja yang saya bubuh, selang 2 minggu mesti letak baja. Tapi tetap macam tu jugak, sangat susah pokok ni nak berbunga.
Tapi satu hari saya terbaca satu posting di dalam blog azid-inspirasi alam mengenai pokok ni. Oooo....tak lengkap ilmu rupanya saya ni.Memang apa yang dikatakan Nyonya tu betul, tapi tak cukup maklumat, biasalah orang berniaga ni kadang-kadang ada yang kedekut ilmu dengan customer.
Menurut blog encik azid, pokok ni mesti dicantas selalu, sebab tunas yang baru tumbuh tulah yang akan menghasilkan bunga. Tapi yang penting sekali, lepas cantas jer, mesti terus letakkan baja. Seelok-eloknya kalau nak cantas dan letak baja ni, saya selalu buat waktu petang, sebab cuaca lebih redup waktu tu.
Memang angan-angan nak bentukkan pokok ni macam bonsai, tapi masih tak ada masa dan kesempatan. Jadi sekarang ni saya hanya bentukkan jadi bulat jer.
Close-up bunganya..cantik kan? macam riben jer bentuknya.
Boleh nampak ada banyak lagi kelopak bunga yang belum kembang.
Yang bulat-bulat kecil tulah kelopak bunganya.
Sebab dah sayang dan suka sangat dengan pokok ni, sebulan yang lepas saya tambahkan lagi 3 pokok sebagai koleksi. Juga dibeli di nursery yang sama tapi kali ni pokoknya lebih kecil, harganya RM8 sepokok. Saya letakkan dalam pasu besar dan susunkan keempat-empat pokok ni di tepi pagar.
Pokok kedua.
Pokok ketiga.
Pokok keempat.
Ketiga-tiga pokok yang baru ni masih belum dicantas lagi, cuma letak baja jer. Tunggu sampai pokok ni agak besar baru nak dicantas. Walaupun masih kecil, tapi bunga yang keluar sangat mengujakan.
Pokok ni boleh disemai menggunakan keratan batang dan perlu diletakkan di bawah matahari. Perlu disiram setiap hari dan kalau boleh dibajadan dicantas selepas bunganya habis atau kurang menarik.
3 comments:
Menariknya, boleh saya beli pokok ni dr awak?
Kenapa daun pokok Saya semua kering dan gugur ? Saya siram 2 kali sehari bila musim Panas
Salam, cara penjagaannya macamana ye, berapa kali kadar siraman sehari sebab pokok saya banyak gugur dauhnya
Post a Comment